Selasa, 18 Oktober 2011

Mazhab


KENAPA WUJUDNYA PERBEZAAN PENDAPAT PARA ULAMA


Semua ulama bersepakat bahawa kitabullah(Al-Quran) dan Sunnah Rasulullah s.a.w adalah sumber utama islam dan tidak akan boleh berubah.
Dan pastinya seluruh para Imam akan mengerahkan seluruh tenaga dan kemampuannya dalam berijtihad untuk menggali maksud yng terkandung di dalam Al-Quran dan Sunnah. Dengan ijtihad para Imam tersebut maka terjadilah banyak perbezaan pendapat dalam mendapatkan hukum dari kedua sumber tersebut.
Sebab berlakunya perbezaan pendapat antara para ulama ada dua. Pertama, sebab yang timbul dari Al-Quran dan Sunnah. Kedua, sebab yang khusus berkaitan Sunnah.


Perselisihan yang timbul di sebabkan Al-Quran dan Sunnah adalah:

        I.            Karakteristik bahasa Arab yang selalu meletakkan dua makna atau lebih dalam satu perkataan, mengembalikan maksud satu perkataan kepada makna hakiki dan majazi, atau kerana adanya maksud satu perkataan yang membawa makna lughawi dan  makna syar’i. Karakteristik bahasa Arab yang lainnya adalah susunan kalimat bahasa Arab sendiri yang mengandungi dua maksud berbeza di sebabkan oleh huruf-huruf tertentu.

      II.            Perselisihan yang di sebabkan oleh dalil Sunnah. Perselisihan ini terbahagi kepada tiga.

1. Dari segi nukil(ambilan) dan riwayat.
2. Dari segiperbuatan Rasulullah dan kaitannya dengan umat baginda.
3. Dari segi hadis yang nasikh dan mansukh.



Termasuk sebab belakunya perselisihan adalah adanya perbezaan pendapat antara para Imam dalam kaedah usul fiqh.

Demikianlah sebab-sebab timbulnya perbezaan pendapat para Imam.ini disebutkan kerana bertujuan agar pembaca mengetahui bahawa perbezaan tersebut adalah bukan kerana mengikut hawa nafsu mereka semata, bahkan perbezaan tersebut adalah dengan ijtihad mereka sendiri. Dan mereka akan berhati-hati dalam menjelaskan hukum suatu perkara.

2 ulasan: