MAKRUH HUKUMNYA BERCIUMAN DAN BERCUMBU (DENGAN ISTERI SAAT BERPUASA) BAGI PARA PEMUDA DAN TIDAK MAKRUH BAGI ORANG YANG SUDAH TUA.
Diriwayatkan dari 'Abdullah bin 'Amr bin al-Ash(r).ia berkata:"Saat kami sedang duduk bersama Rasulullah saw,tiba-tiba datang seorang pemuda dan bertanya: 'Wahai Rasulullah,bolehkah aku berciuman (dengan isteri) saat berpuasa?' Rasul menjawab:'Tidak boleh'.Lalu datang pula seorang tua dan bertanya:'Bolehkah aku berciuman (dengan isteri) saat berpuasa?' Rasul menjawab:'Boleh!'.Maka kami pun saling memandang kehairanan.Rasulullah berkata:'Sesungguhnya orang yang sudah tua mampu mengawal nafsunya.'"
Diriwayatkan dari 'Abdullah bin 'Abbas(r),ia berkata:"Diberi keringanan bagi orang yang sudah tua (untuk mencium isteri) saat berpuasa dan dilarang bagi para pemuda."
Diriwayatkan dari Abu Hurairah(r),ia berkata:"Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw tentang bercumbu (dengan isteri) saat berpuasa,lalu Rasulullah memberikan keringanan untuknya.Lalu datang lelaki lain (bertanyakan hal serupa),namun Rasulullah melarangnya. Lelaki yang diberi keringanan tersebut adalah seorang yang sudah tua,dan lelaki yang dilarang adalah seorang pemuda."
Kandungan Bab:
a. Bercumbu dan berciuman (dengan isteri) dibolehkan bagi orang yang berpuasa dengan syarat dia dapat mengendalikan nafsunya, seperti yang disebutkan dalam hadith muttafaq 'alaih dari 'Aisyah (r),dia berkata:"Rasulullah saw mencium isterinya saat berpuasa dan mencumbu isterinya saat berpuasa. Akan tetapi beliau adalah orang yang paling mampu megendalikan nafsunya."
b. Oleh sebab itu,Rasulullah saw memberi keringanan kepada orang yang sudah tua untuk bercumbu dan berciuman dengan isteri mereka dan melarang para pemuda,kerana orang yang sudah tua mampu megendalikan nafsu berbanding orang muda.
c. Dan larangan ini kedudukan hukumnya adalah makruh tanzih,
Wallaahu a'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan