Selasa, 23 Ogos 2011

Larangan Berjima' di Bulan Puasa


LARANGAN KERAS BERJIMA' (BERSETUBUH) SAAT SEDANG BERPUASA DAN PENJELASAN BAHAWA JIMA'  TERMASUK PEMBATAL PUASA



            Diriwayatkan dari Abu Hurairah(r), dia berkata: 'Seorang lelaki datang menemui Rasulullah saw dan berkata:'Binasalah aku wahai Rasulullah?' 'Apa yang membuatmu binasa?' Tanya Rasulullah. 'Aku behubungan intim dengan isteriku pada bulan Ramadhan' jawabnya.

            'Apakah engkau memiliki seorang budak untuk di merdekakan?' Tanya Rasulullah. 'Tidak!' jawabnya.
            'Apakah engkau sanggup berpuasa dua bulan berturut-turut?' Tanya Rasul lagi. 'Tidak sanggup!' jawabnya.

            'Apakah engkau mampu memberi makan enam puluh orang miskin? ' Tanya Rasul lagi. ' Tidak!' jawabnya.

            Kemudian diapun duduk. Lalu dibawakanlah kepada Nabi satu wadah berisi kurma, Rasul berkata kepadanya: "Sedekahkanlah kurma ini."

            Lelaki itu berkata:'Adakah orang yang lebih fakir dari kami? Tidak ada seorang pun diantara dua batu ini keluarga yang lebih memerlukan kurma ini selain kami.'

            Rasulullah saw tertawa hingga kelihatan gigi taring beliau,kemudian berkata:' Pergilah dan beri makan keluargamu dari kurma ini.'

            Kandungan Bab:

a.       Jima' termasuk pembatalan puasa, sama seperti makan dan minum. Tidak ada perbezaan pendapat di kalangan ahli ilmu dalam masalah ini.
Ibnu Qayyim al-Jauziyah berkata dalam kitab Zaadul Ma'aad (II/60): "Al-quran telah menunjukkan bahawasanya jima' termasuk dalam perkara membatalkan puasa seperti halnya makan dan minum. Tidak ada perbezaan pendapat dalam hal ini."

Asy-Syaukani berkata dalam kitab ad-Daraari al-Mudhi-ah (II/22): "Tidak ada perbezaan pendapat bahawa perhubungan intim membatalkan puasa jika dilakukan dengan sengaja. Adapun bila dilakukan kerana lupa,maka sebahagian ahli ilmu menyamakannya dengan orang yang makan dan minum kerana lupa."

Saya katakan: 'Dalilnya adalah nas al-Quran dan as-Sunnah. Seperti yang disebutkan dalam firman Allah:
.....................................................................

'Maka sekarang campurilah mereka dan apa yang telah ditetapkan Allah untukmu…' (QS. Al-Baqarah:187)

Allah mengizinkan untuk mencampuri wanita. Dapat difahami dari situ bahawa berpuasa itu menahan diri dari jima',makan, dan minum.

Dan sabda Nabi saw dalam sebuah hadith qudsi iaitu, dalam riwayat al-Bukhari: 'Ia meninggalkan makanan, minuman dan syahwatnya kerana Allah.'

Jelaslah bahawa puasa itu adalah menahan diri dari makan, minum dan jima', 

wallaahu a'lam."



Isnin, 22 Ogos 2011

MASALAH BERCUMBU ISTERI KETIKA BERPUASA



MAKRUH HUKUMNYA BERCIUMAN DAN BERCUMBU (DENGAN ISTERI SAAT BERPUASA) BAGI PARA PEMUDA DAN TIDAK MAKRUH BAGI ORANG YANG SUDAH TUA.

            Diriwayatkan dari 'Abdullah bin 'Amr bin al-Ash(r).ia berkata:"Saat kami sedang duduk bersama Rasulullah saw,tiba-tiba datang seorang pemuda dan bertanya: 'Wahai Rasulullah,bolehkah aku berciuman (dengan isteri) saat berpuasa?' Rasul menjawab:'Tidak boleh'.Lalu datang pula seorang tua dan bertanya:'Bolehkah aku berciuman (dengan isteri) saat berpuasa?' Rasul menjawab:'Boleh!'.Maka kami pun saling memandang kehairanan.Rasulullah berkata:'Sesungguhnya orang yang sudah tua mampu mengawal nafsunya.'"

            Diriwayatkan dari 'Abdullah bin 'Abbas(r),ia berkata:"Diberi keringanan bagi orang yang sudah tua (untuk mencium isteri) saat berpuasa dan dilarang bagi para pemuda."

            Diriwayatkan dari Abu Hurairah(r),ia berkata:"Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw tentang bercumbu (dengan isteri) saat berpuasa,lalu Rasulullah memberikan keringanan untuknya.Lalu datang lelaki lain (bertanyakan hal serupa),namun Rasulullah melarangnya. Lelaki yang diberi keringanan tersebut adalah seorang yang sudah tua,dan lelaki yang dilarang adalah seorang pemuda."

           
            Kandungan Bab:

a.       Bercumbu dan berciuman (dengan isteri) dibolehkan bagi orang yang berpuasa dengan syarat dia dapat mengendalikan nafsunya, seperti yang disebutkan dalam hadith muttafaq 'alaih dari 'Aisyah (r),dia berkata:"Rasulullah saw mencium isterinya saat berpuasa dan mencumbu isterinya saat berpuasa. Akan tetapi beliau adalah orang yang paling mampu megendalikan nafsunya."

b.      Oleh sebab itu,Rasulullah saw memberi keringanan kepada orang yang sudah tua untuk bercumbu dan berciuman dengan isteri mereka dan melarang para pemuda,kerana orang yang sudah tua mampu megendalikan nafsu berbanding orang muda.

c.       Dan larangan ini kedudukan hukumnya adalah makruh tanzih,

 Wallaahu a'lam.