Sabtu, 30 Julai 2011

Hadith Ramadhan


Pengertian Hadith :

“Sesiapa yang berpuasa ramadhan dengan penuh keimananan dan mengharapkan keampunan Allah, maka diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu” [Muttafaqun ‘alaih]

Syarah Hadith :

Hadith ini merupakan hadith utama kelebihan orang-orang beriman yang berpuasa ramadhan iaitu dosa-dosa terdahulu mereka diampunkan. Dosa-dosa yang dimaksudkan ialah dosa-dosa selagimana mereka tidak melakukan dosa besar. Ini kerana dosa besar secara khususnya wajib bertaubat kepada Allah Ta’ala. Pengertian ini juga berkesinambungan dengan hadith yang menceritakan tentang “terhapusnya dosa bermula ramadhan ke ramadhan akan datang selagimana bukan merupakan dosa besar”.

Manakala, hadith diatas menyebut “dosa-dosa yang terdahulu” sahaja dan bukannya seperti sebahagian riwayat dhoif pada hadith tersebut dengan tambahan “diampunkan juga dosa-dosa yang akan datang”. Pakej istimewa tersebut ternyata hanya milik istimewa para anbiya dan rasul.

Dosa-dosa kecil orang-orang yang berpuasa Ramadhan ini dihapuskan oleh Allah dengan syarat :

1. DILAKUKAN PENUH KEIMANAN

Orang-orang mukmin sifat puasanya adalah dengan penuh keimanan. Yakni mengakui akan kewajipan berpuasa sebagai seorang muslim. Maka dia bersungguh-sungguh melakukan ibadat tersebut dengan penuh ketaatan dan meninggalkan segala pantang larang puasa. Manakala, Imam Nawawi menyebut yang dimaksudkan dengan dilakukan dengan penuh keimanan iaitu meyakini atas terdapat kelebihan-kelebihan berpuasa yang diberikan oleh Allah kepada hamba-hambaNya.



2. BERPUASA SEMATA-MATA MENGHARAPKAN KEAMPUNAN ALLAH



Manakala, orang yang berpuasa mengharapkan keampunan Allah bermakna mereka tidak mengharapkan pujian dari manusia, atau motif yang lain. Yang mereka tujukan puasa tersebut hanya kerana Allah Ta’la. Mereka yang terlalu mengharapkan rahmat, ganjaran, keampunan, taubat dari Allah antara golongan yang akan diampunkan dosa-dosanya selagi mana tidak melakukan dosa-dosa besar.
Oleh itu, marilah kita sama-sama merebut peluang keemasan yang telah ditawarkan sekali dalam setahun ini. Mungkin inilah Ramadhan yang terakhir buat diri kita.

Wallahu a’lam.







Rabu, 15 Jun 2011

APA ITU TAHARAH


Taharah

Taharah terbahagi kepada dua bahagian. Bersuci dari hadas yang khusus dan bersuci dari kotoran yang melibatkan pakaian,tempat dan badan. Jika bersuci dari hadas,maka tidak boleh lari dari dua unsur iaitu tanah dan air.  Perbahasan ini dimulakan dengan jenis air…

Air terbahagi kepada 3 jenis iaitu air yang suci lagi menyucikan(mutlak),air suci tetapi tidak menyucikan(mustakmal) dan air yang bernajis(mutanajis)


1. Air mutlak adalah air yang terpancar dari bumi atau air yang turun dari langit. 
Firman ALLAH s.w.t. di dalam surah Al-Furqan ayat 48:

(وهو الذى أرسل الريح بشرا بين يدى رحمته وأنزلنا من السماء ماء طهورا (48

“Dan Dialah Tuhan yang menghantarkan angin sebagai berita gembira sebelum kedatangan rahmatNya dan Kami menurunkan dari langit:Air yang bersih suci.”

Termasuk air yang bersih adalah air laut,berdasarkan sabda Nabi s.a.w. :”Laut itu suci airnya dan halal juga bangkainya.” (HR. perawi yang empat. Disahihkan oleh Ibnu Khuzaimah dan Tirmizi)

2. Air yang dimaksudkan dengan air mustakmal ialah air yang boleh diminum dan digunakan untuk memasak tetapi tidak sah sekiranya digunakan untuk mengangkat hadas (bersuci) dan membuang najis,kecuali ulama Hanafiyah mengatakan air ini sah digunakan untuk membuang najis.

Maksud pada air mustakmal di atas adalah air yang telah bercampur dengannya benda yang suci seperti teh atau susu. Juga termasuk air ini adalah air yang telah digunakan untuk mengngkat hadas.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Baihaqi dan Nasa’i dengan sanad yang sahih:

نهى رسول الله (ص) أن تغتسل المرأة بفضل الرجل أو الرجل بفضل المرأة
 .وليغترفا جميعا

“Rasulullah s.a.w. telah melarang seorang isteri mandi dengan air yang telah digunakan oleh suaminya atau seorang suami mandi dengan air yang telah digunakan oleh isterinya,hendaklah mereka mandi bersama-sama.”


Hukum air mustakmal itu jatuh sekiranya air tersebut sedikit. Sekiranya air tersebut banyak,maka tidak menjadi air mustakmal…tetapi ulama MALIKIYAH berpendapat bahawa air mustakmal adalah air yang suci lagi menyucikan baik banyak atau sedikit berdasarkan riwayat Rubayyi’ binti Mu’awwadz dalam menjelaskan wuduk Nabi s.a.w. :

“beliau mengusap kepala dengan air yang telah digunakan dari basuhan tangannya.”(HR. Ahmad  dan Abu Dawud)

3. Air yang dimaksudkan dengan air mutanajis adalah air dalam jumlah sedikit yang telah bercampur dengan najis. Sedangkan jika airnya banyak tetapi air tersebut telah mengubah 1 dari 3 sifat air iaitu rasa,bau dan warnanya,maka air tersebut tetap hukumnya bernajis.

Adapun jumlah banyak airnya adalah lebih dari 2 kolah. Jika kurang sedikit tidak menjadi masalah. Rasulullah s.a.w. bersabda dari Ibnu Umar r.a. :

إذا كان الماء قلتين لم يحمل الحبث.

“Apabila jumlah air mencapai 2 kolah maka tidak boleh menjadi najis.”(HR.Perawi yang empat dan disahihkan oleh Ibnu Khuzaimah dan Hakim)

Adapun jika airnya banyak tetap boleh menjadi air mutanajis jika bercampur dengan najis dan mengubah salah 1 dari 3 sifat air tersebut. Ini berdasarkan sabda Nabi s.a.w. dari Abu Umamah Al-Bahili r.a.,:

إن الماء لا ينجسه شيء إلا ما غلب على ريحه وطعمه ولونه.

“Sesungguhnya air tidak dapat menjadi najis oleh sesuatu kecuali telah mengubah bau,rasa dan warnanya.”(HR. Ibnu Majah)


Ulama Hanafiyah dan Malikiyah mengatakan makruh menggunakan air yang terlalu sedikit kerana menghindari daripada perkara yang diselisihkan.






Wallahu a'lam





Khamis, 11 November 2010

MUSIBAH DAN HAKIKATNYA SERTA BALASANNYA


HAKIKAT MUSIBAH MENGIKUT ALQURAN DAN HADITH

Firman ALLAH SWT:
 Ertinya:
"Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka akan mngucapkan 'Sesungguhnya kami adalah milik ALLAH dan kepadanya kami kembali.Mereka itu lah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya,dan mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk."
(Al-Baqarah:156-157)

Saidina Umar Al-Khattab berkata bahawa sebaik-baik ucapan bagi orang yang ditimpa musibah ke atas dirinya adalah ayat di atas.

Sepertimana pada hadith tersebut yang bermaksud:

"Tidak ada musibah yang menimpa diri seseorang melainkan dengan izin ALLAH, dan barang siapa yang beriman kepada ALLAH, nescaya ALLAH memberi petunjuk kepada hatinya."

(HR.Bukhari)

Hadith lain yang bermaksud: 

"Apapun yang menimpa diri seseorang mukmin dari kepayahan,kesakitan,kesusahan dan apapun keresahan yang dirasakannya,melainkan ALLAH akan menghapuskan sebahagian dari keburukannya."
(HR.Muslim)
Dan sabda lain yang bermaksud:

"Tiada musibah apapun yang menimpa seseorang muslim,melainkan ALLAH menghapuskan bagi mereka keburukannya(dosanya) walaupun duri yang mengenai dirinya."

(HR.Bukahri & Muslim)
Amalkanlah doa ini sewaktu ditimpa musibah:
Dari Abu Salamah,ketika menemui Imam Ahmad setelah menemui Baginda lalu berkata: "Aku telah mendengar RasulullahSAW bersabda yang membuatkan aku merasa gembira 'Tidak ada musibah apapun yang datang menimpa seseorang muslim,lalu dia membaca Istirja' () pada waktu musibah mendatangi dirinya,lalu berdoa:

اللهم اجرني في مصيبتي واخلولي خيرا منها إلا فعل ذلك به.

"Ya ALLAH,berilah kami pahala dari musibah ini,dan berilah kami peganti yang lebih baik dari musibah ini,melainkan ALLAH akan mengabulkan doa kami".

Di samping itu juga,dapat diperhatikan pada maksud hadith kudsi dibawah untuk mengetahui hakikat dari cubaan atau musibah yang ditimpakan oleh ALLAH kepada hambaNya.

"ALLAH berfirman kepada para Malaikat-Nya:'Pergilah kamu kepada hambaKu,timpakan lah berbagai ujian kepada mereka kerana aku ingin mendengar suaranya'".
………………………………………………………….
Hadith di atas dapat kita ketahui,ALLAH memerintah para Malaikat supaya melemparkan bermacam ujian dan cubaan kepada hamba-hambaNya. Dengan itu,ALLAH dapat mendengar suara hamba-hambaNya yang sedang mengalami ujian. Sesungguhnya ALLAH mengetahui apa yang tersembunyi di dalam hati seorang hamba.

Jika seseorang itu menyangka bahawa hidup didunia ini adalah untuk mendapatkan kesenangan,kegembiraan dan juga kemewahan dan ada pula yang menyangka hidup ini hanyalah kesusahan,kesedihan atau kesempitan,sudah tentu sangkaan mereka salah. Diantara kesenangan dan kesusahan itulah merupakan corak atau seni kehidupan dan merupakan sunnatullah pada alam ini.

Sesungguhnya hidup ini penuh dengan ujiandan cubaan. Segala benda atau sesuatu sekiranya tidak diuji,maka tidak akan kelihatan keasliannya,ini menyebabkan orang tidak dapat membezakan antara emas murni dan tembaga.






Begitu juga kepada manusia yang telah mengaku dirinya beriman. Maka sudah tentu mereka akan menerima ujian dan cubaan. Sebagaimana firman ALLAH SWT:
……………………………………………….
Ertinya:
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja mengatakan 'Kami telah beriman' sedangkan mereka tidak diuji terlebih dahulu? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka,maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang-orang yang benar dan Dia mengetahui orang-orang yang dusta".

Dalam ayat di bawah ini pula di perjelaskan tentang perhubungan antara manusia dengan kehidupan adalah hubungan antara ujian da cubaan. Sebagaimana firman ALLAH SWT:
……………………………………………………

Ertinya:
"Dan sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada dibumi itu sebagai perhiasan,agar Kami dapat menguji mereka siapakah diantara mereka yang paling baik amal perbuatannya. Dan sesungguhnya Kami akan menjadikan (pula) apa yang ada diatasnya menjadi tanah rata dan tandus".
…….

Ujian dan cubaan itu tidak hanya berupa kesusahan,kesulitan dan kesakitan saja,bahkan ada juga berupa kesenangan,kemewahan dan sebagainya,sebagaimana firman ALLAH SWT:
……………………………………………………………………………………………

Ertinya:
"Dan Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan,dan kepada Kami-lah kamu semua kembali".
…………….








Rabu, 10 November 2010

Mencari Redha ALLAH

Aku mengharapkan redha-Mu Ya ALLAH..limpahkanlah rahmat-Mu ke atas umat kekasih-Mu...
SUJUD ku hanya pada-Mu Ya ALLAH..



KATA-KATA HIKMAH DARI SAIDINA ALI:

Celaan seseorang ke atas dirinya sendiri secara terang-terangan merupakan pujian ke atas dirinya dalam diam (senyap).

Kata-kata ini bertujuan menasihatkan kita supaya tidak mencela diri sendiri,apa lagi memuji diri sendiri. Apa yang baik ialah kita hanya berdiam diri.