Rabu, 15 Jun 2011

APA ITU TAHARAH


Taharah

Taharah terbahagi kepada dua bahagian. Bersuci dari hadas yang khusus dan bersuci dari kotoran yang melibatkan pakaian,tempat dan badan. Jika bersuci dari hadas,maka tidak boleh lari dari dua unsur iaitu tanah dan air.  Perbahasan ini dimulakan dengan jenis air…

Air terbahagi kepada 3 jenis iaitu air yang suci lagi menyucikan(mutlak),air suci tetapi tidak menyucikan(mustakmal) dan air yang bernajis(mutanajis)


1. Air mutlak adalah air yang terpancar dari bumi atau air yang turun dari langit. 
Firman ALLAH s.w.t. di dalam surah Al-Furqan ayat 48:

(وهو الذى أرسل الريح بشرا بين يدى رحمته وأنزلنا من السماء ماء طهورا (48

“Dan Dialah Tuhan yang menghantarkan angin sebagai berita gembira sebelum kedatangan rahmatNya dan Kami menurunkan dari langit:Air yang bersih suci.”

Termasuk air yang bersih adalah air laut,berdasarkan sabda Nabi s.a.w. :”Laut itu suci airnya dan halal juga bangkainya.” (HR. perawi yang empat. Disahihkan oleh Ibnu Khuzaimah dan Tirmizi)

2. Air yang dimaksudkan dengan air mustakmal ialah air yang boleh diminum dan digunakan untuk memasak tetapi tidak sah sekiranya digunakan untuk mengangkat hadas (bersuci) dan membuang najis,kecuali ulama Hanafiyah mengatakan air ini sah digunakan untuk membuang najis.

Maksud pada air mustakmal di atas adalah air yang telah bercampur dengannya benda yang suci seperti teh atau susu. Juga termasuk air ini adalah air yang telah digunakan untuk mengngkat hadas.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Baihaqi dan Nasa’i dengan sanad yang sahih:

نهى رسول الله (ص) أن تغتسل المرأة بفضل الرجل أو الرجل بفضل المرأة
 .وليغترفا جميعا

“Rasulullah s.a.w. telah melarang seorang isteri mandi dengan air yang telah digunakan oleh suaminya atau seorang suami mandi dengan air yang telah digunakan oleh isterinya,hendaklah mereka mandi bersama-sama.”


Hukum air mustakmal itu jatuh sekiranya air tersebut sedikit. Sekiranya air tersebut banyak,maka tidak menjadi air mustakmal…tetapi ulama MALIKIYAH berpendapat bahawa air mustakmal adalah air yang suci lagi menyucikan baik banyak atau sedikit berdasarkan riwayat Rubayyi’ binti Mu’awwadz dalam menjelaskan wuduk Nabi s.a.w. :

“beliau mengusap kepala dengan air yang telah digunakan dari basuhan tangannya.”(HR. Ahmad  dan Abu Dawud)

3. Air yang dimaksudkan dengan air mutanajis adalah air dalam jumlah sedikit yang telah bercampur dengan najis. Sedangkan jika airnya banyak tetapi air tersebut telah mengubah 1 dari 3 sifat air iaitu rasa,bau dan warnanya,maka air tersebut tetap hukumnya bernajis.

Adapun jumlah banyak airnya adalah lebih dari 2 kolah. Jika kurang sedikit tidak menjadi masalah. Rasulullah s.a.w. bersabda dari Ibnu Umar r.a. :

إذا كان الماء قلتين لم يحمل الحبث.

“Apabila jumlah air mencapai 2 kolah maka tidak boleh menjadi najis.”(HR.Perawi yang empat dan disahihkan oleh Ibnu Khuzaimah dan Hakim)

Adapun jika airnya banyak tetap boleh menjadi air mutanajis jika bercampur dengan najis dan mengubah salah 1 dari 3 sifat air tersebut. Ini berdasarkan sabda Nabi s.a.w. dari Abu Umamah Al-Bahili r.a.,:

إن الماء لا ينجسه شيء إلا ما غلب على ريحه وطعمه ولونه.

“Sesungguhnya air tidak dapat menjadi najis oleh sesuatu kecuali telah mengubah bau,rasa dan warnanya.”(HR. Ibnu Majah)


Ulama Hanafiyah dan Malikiyah mengatakan makruh menggunakan air yang terlalu sedikit kerana menghindari daripada perkara yang diselisihkan.






Wallahu a'lam